:: Assalamualaikum ::
Tidak dapat ku gambarkan rindu yang lahir dari hati ini,
Hanya mampu ku lafazkan ku merindui dirimu,
Terasa syahdu bila kau tiada di sisi,
Sungguh, aku amat rindu akan dirimu.
Sungguh, aku amat sayang akan dirimu.
Izinkan diri ini untuk menyatakan luah rasa hati ini.
Dari jauh ko pohon restu, ko pohon sekudus doa mengiringi langkahku.
~OhAbah~
bila dah makin menginjak dewasa ni, makin banyak perkara yang ieka sedar. Makin ieka kagum akan seorang lelaki yang sangat kuat, yang sangat gagah dan sangat superdupertruper ohsem! Seorang lelaki yang mulutnya, jarang mengeluarkan bait-bait kata, tapi kasih-sayangnya cukup terserlah melalui tindakannya. Makin ieka dewasa, makin ieka faham tentang cara abah yang sangat unik dalam mendidik anak-anak dia.
Sayang yang tak terucap dengan kata-kata buat abah tersayang.
Moga bakal zauj nanti akan se-superdupertruper ohsem macam abah.
20 Julai 2012. Genaplah usia abah 55 tahun.
Salam ingatan ikhlas dari hati.
0 comments:
Post a Comment