:: Assalamualaikum ::
Aseef. Selepas entry ni, ieka akan ber'cuti' dari menulis seketika bagi menumpukan kepada perkara yang lebih penting. :)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Hari ini ieka ada seorang sahabat ieka yang kini berada di Mesir share tentang satu term yang agak baru bagi ieka iaitu tawasul. *garukepalayangtakgatal~ (hehe) jangan segan, sebab masa sahabat ieka cakap tadi pun, ieka tertanya-tanya apakah itu tawasul. *haish, ni yang buat lagi berkobar-kobar mo belajar bahasa arab :)
Tawasul adalah satu amalan sunat yang sangat disukai Allah. Amalan ini juga merupakan amalan yang sering diamalkan oleh golongan salafus soleh. Tawasul ni adalah salah satu cara untuk dimakbulkan doa selain dari berdoa sewaktu sepertiga malam terakhir. Maksud tawasul ialah menjadikan amalan yang soleh atau individu yang soleh kerana kita yakin kedudukan mereka lebih dekat dengan Allah. Bila kita lakukan tawasul ni, kita harus yakin yang Allah menyukai perkara yang kita jadikan perantaraan itu.
Nabi Adam a.s pernah melakukan tawasul ke atas Nabi Muhammad s.a.w....
Rasulullah s.a.w. bersabda:”Ketika Adam melakukan kesalahan, lalu ia
berkata Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memintaMu melalui Muhammad agar Kau
ampuni diriku”. Lalu Allah berfirman:”Wahai Adam, darimana engkau tahu
Muhammad padahal belum aku jadikan?” Adam menjawab:”Ya Tuhanku ketika
Engkau ciptakan diriku dengan tanganMu dan Engkau hembuskan ke dalamku
sebagian dari ruhMu, maka aku angkat kepalaku dan aku melihat di atas
tiang-tiang Arash tertulis “Laailaaha illallaah muhamadun rasulullah”
maka aku mengerti bahwa Engkau tidak akan mencantumkan sesuatu kepada
namaMu kecuali nama mahluk yang paling Engkau cintai”. Allah
menjawab:”Benar Adam, sesungguhnya ia adalah mahluk yang paling Aku
cintai, bredoalah dengan melaluinya maka Aku telah mengampunimu, dan
andaikan tidak ada Muhammad maka tidaklah Aku menciptakanmu”
Nah, oleh kerana ieka bakal menghadapi peperiksaan yang akan bermula kurang 24 jam saja lagi (hembus nafas tarik nafas), maka ieka mo share sedikit cara untuk bertawasul ketika menghadapi peperiksaan.
Pertama, melalui amalan kita. Kita boleh memanjatkan doa kepada Allah dengan...
"Ya Allah, saya ada melakukan amalan yang baik yakni menghormati kedua ibu bapaku, jika ENGKAU memberkati amalan ini, maka saya bertawasul pada-MU, ENGKAU permudahkanlah imtihanku pada esok hari dan berikanlah keputusan yang baik padaku."
Kedua, melalui perantaraan Nabi Muhammad s.a.w...
"Ya Allah, melalui keberkatan Nabi Muhammad s.a.w, kurniakanlah permohonanku, ENGKAU permudahkanlah urusanku pada esok hari."
Dalam setiap kudus doa kita juga, jangan lupa untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai pembuka hijab doa kita itu.
Saidina Ali k.w pernah berkata, sabda Rasulullah s.a.w...
“ Setiap do'a terhijab (tertutup) sampai membaca
sholawat pada Muhammad dan keluarganya”. ( Ibnu
Hajr Al-Shawaiq 88 )
Akhirulkalam...
"Hadapkanlah muka (jiwa dan raga)mu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik". 10:105
Semoga bermanfaat~
secalit kemaafan dipohon andai diri ini ada khilaf antara sedar atau tidak :)
rindu sahabat-sahabat Orion 0509.
dah besau ya kamu semua dan dah ada yang bakal melangkah ke alam baru ^^
Salam ingatan ikhlas dari hati..
2 comments:
Alhamdulillah... Allah! lia baru tahu,,,terima kasih perkongsiannya... ieka...
insyaAllah, boleh sama-sama kita amalkan :)
Post a Comment