:: Assalamualaikum ::
Tanya sama hati,
apa sebab goyang,
nanti jawab hati,
"kosong di dalam."
sila nyanyi lagu di atas dengan nada lagu tanya sama pokok. (hehe)
Nah! dah tahu hati kosong, apa lagi isi lah makanannya, jangan kenyangkan perut saja.Banyak makanan untuk hati ni antaranya tadabbur alQuran, berbulatan gembira, solat sunat etc.
Kenyang hati suka hati. (erkk?)
Oke. Itu sedikit intro sahaja. Sebenarnya, dah lama ieka berfikir secara serious (acece) untuk tukar nama si belog ni. Nah! Hari ini alhamdulillah, sewaktu tengah mengulangkaji microbes bagai ni, Allah berikan ieka ilham.
Hijrah Bila Pena Berbicara ke Fanzuruu. ^_^
Ieka telah memilih nama Fanzuruu untuk si belog ni. Kenapa ea?
Nah! Tak kenal maka tak cinta,ye dak? Jom tahu maksud Fanzuruu dulu. Fanzuruu ni maksud dia maka lihatlah. Nah! Di situlah kesinambungannya. Maka lihatlah. Ini sebenarnya sebagai inspirasi kepada diri empunya belog ini sendiri dan juga pembaca-pembaca yang disayangi fillah. Macam ada je yang nak baca. (hehe)
Inspirasi tentang apa? Ha, maka lihatlah sahabatku. Lihatlah sekeliling kita, alam ciptaan Ilahi. Lihatlah nikmat Allah yang tak terkira banyaknya, baik dari segi harmoninya alam sekitar, simbiosis alam dengan hidupan dan juga nikmat hidup diri kita. Subhanallah! Lihatlah dengan mata hati, Lihatlah dengan fikiran yang terbuka. Lihatlah kebenaran tentang ad-deen jangan sesekali dikaburkan dengan propaganda yang bakal memusnahkan iman kita. Lihatlah di mana kita sekarang dan ke mana langkah yang bakal kita lalui. Baikkah, burukkah? Maka lihatlah~
Banyak yang boleh dilihat, maka lihatlah dengan iman~
Salam ingatan ikhlas dari hati.
0 comments:
Post a Comment