CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

2 Jan 2012

Perubahan bukan pilihan

:: Assalamualaikum ::

:: Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending ::
kata-kata : Sesiapa yang hari ini lebih baik daripada semalam maka beruntunglah :) 

Perubahan ke arah kebaikan bukanlah satu pilihan, tetapi ianya adalah satu tuntutan. Tanpa perubahan nescaya hidup akan jumud dan membeku.

" Sesungguhnya aku lihat air yang tidak mengalir itu akan rosak dan membusuk dan jika ia mengalir akan bersih dan elok....." syair Imam as-Syafie.

" Sesiapa yang hari ini lebih baik daripada semalam maka beruntunglah dia, sesiapa yang hari ini sama sahaja dengan hari semalam maka malanglah dia, sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam maka celakalah dia."

:: The doors we open and close each day decides the life we live ::

Sebenarnya kan kawan-kawan, perubahan adalah sesuatu yang tak asing bagi kita kerana kita sendiri adalah makhluk yang terhasil melalui proses perubahan. Daripada hasil sperma dan ovum sehinggalah terbentuknya foetus. Berada dalam rahim ibu selama 9 bulan sehinggalah berhijrah ke alam dunia ciptaan Ilahi ni. Perubahan demi perubahan dalam kehidupan kita akan terus berlaku dari semasa ke semasa mengikut jalur yang telah disusun olehNYA. dari hari pertama kita menjengah ke alam dunia, dari situlah terus bermula titik perubahan dalam kehidupan kita. Dari zaman bayi ke zaman kanank-kanak, dari kanak-kanak ke alam remaja, dari alam remaja ke alam dewasa dan seterusnya sampailah muka kita dah berkedut-kedut. Jadi kawan-kawan, tanyalah diri, adakah semua yang terjadi ni pilihan kita? Jawapannya tak sebab itu adalah yang telah tersurat untuk kita dan sesuatu yang kita tak boleh mengelak daripada menjalaninya. Sinonimnya, perubahan ke arah kebaikan adalah sesuatu yang harus kita lakukan kerana perubahan itulah yang menjadikan kita 'khairul anam' iaitu sebaik-baik manusia. Ingatlah, kita adalah makhluk perubahan. :) 


:: Sometimes the smallest decision can change your life forever ::

Ha. kome tahu tak apa tu perubahan hakiki? Meh nak beritahu. Perubahan hakiki ialah perubahan minda dan sikap. Minda ialah cara kita berfikir dan menerima sesuatu keadaan yang berlaku manakala sikap pula ialah cara pembawaka diri kita setiap hari. acece. dah rasa macam bagi intro masa pidato dulu pula. hee~ how I miss that moment. :) okayy. back to the main point. Perubahan hakiki ini akan menjadikan catatan kehidupan kita pada hari ini lebaik baik daripada lembaran semalam dan lembaran esok akan lebih baik daripada catatan hari ini. Maka, graf kehidupan kita tak ada lah stereotaip sahaja, tak ada nikmat kehidupan. Antara contoh perubahan hakiki ialah dari jahil kepada ilmu, daripada sikap negatif kepada positif, daripada berfikiran tertutup kepada berfikiran terbuka, daripada berpecah kepada berukhwah, daripada liar kepada terdidik dan daripada malas kepada rajin. 

Jom kita lemaskan jiwa dalam tasik kesedaran dan keinsafan seketika. Sematkan pertanyaan yang menerjah kealpaan lalu tanyalah diri kita,

# adakah aku sudah selesa pada takah diri yang stereotaip dan tiada pendakian?
#adakah aku akan menjadi umpama air yang membusuk ekoran tiadanya perubahan yang aku lakukan?
#adakah aku sudah bersedia bertemu detik kematian dalam iklim hati yang suram dan berjerebu?

:: maaf kerana post ini ada gunakan perkataan 'aku' ::

untuk memulakan langkah menuju ke kamar perubahan memang tak senang, mungkin ramai yang cakap, "susah! dah biasa macam ni!" Ya. ieka tak nafikan. Tapi, seseorang pernah pesan pada ieka, "betulkan yang biasa, biasakan yang betul." Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan? :) 

" Ya Allah jadikanlah hari ini lebih baik bagi kami daripada hari semalam dan hari esok lebih baik bagi kami daripada hari ini dan masukkanlah kami dalam lempayung petunjukMU." AMIN....

Salam ingatan ikhlas dari hati :)

0 comments:

Post a Comment