CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

1 Jan 2012

Odyssey Hidup Sang Khalifah

:: Assalamualaikum ::

:: We are the Khalifah of Allah SWT ::
Kata-kata : Betapa indah dan bahagianya hidup ini apabila adanya Allah SWT sebagai inspirasi :)

Tahu tak apa makna odyssey tu? Odyssey adalah bermaksud perjalanan mencari makna hakiki kehidupan dengan akal intelek dan juga rohani. Setiap manusia di dunia ini mempunyai ceritera mereka sendiri, ada masa silam, masa kini dan juga masa hadapan. Persoalannya, dari mana dan ke mana hala tuju kita sebenarnya? Kehidupan kita sendiri merupakan odyssey, umpama menghadapi peperiksaan yang akan menentukan sama ada kita lulus atau kecundang. Jika menghadapi peperiksaan dunia, kita akan struggle berusaha sedaya mungkin agar mendapat gred yang cemerlang, maka  untuk melalui odyssey ini juga kita harus mengerah sepenuh tenaga. Sepanjang perjalanan kita melaksanakan tugas kita di muka Bumi ini, semestinya pelbagai onak dan duri yang harus kita hadapi dalam usaha untuk menjadikan kita lebih matang. Namun, dalam mengorak langkah sepanjang perjalanan, kadang diri terasa letih dan lemah. Lalu, akal mula mencari sumber kekuatan dan tenaga. Ketika diri terasa kesunyian dan kesepian, hati mula mencari sumber teman dan kasih-sayang. Di saat kita tiada tempat untuk bergantung harap, hati teringat pada Allah SWT, lidah syahdu menyeru namaNYA lalu DIA hadir mengisi kekosongan hati dan jiwa kita melebihi cinta yang kita berikan padaNYA selama ini. Maha Suci Allah SWT yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. :) Di saat kita bersedih, DIA lah penawar hakiki. DIA lah Allah SWT yang sentiasa menyapa minda dan rasa di saat diri mula hilang keyakinan. ^_^

Surah Al-A'raf ayat 180 ;

"Allah mempunyai Asmaulhusna. Maka bermohonlah kepadaNYA dengan menyebut Asmaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran (menyebut) nama-namaNYA. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan " 

Mungkin ramai yang lupa akan tujuan kita, manusia diciptakan di muka Bumi ini. Ha. cer ingat balik. Tujuannya ada dua iaitu sebagai khalifah dan juga sebagai hamba. 

Surah Al-Baqarah ayat 30 ;

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."

Surah Ad-Dzaariyat ayat 56 ;

" Tidak Kami jadikan jin dan manusia, melainkan beribadah kepadaKU "

Kita dikurniakan Allah SWT 24 jam dalam sehari, tujuh hari dalam seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun. Masa-masa yang dikurniakan Allah SWT tu haruslah kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat tau mengikut enam syarat yang telah digariskan oleh para ulama iaitu niat kerana Allah SWT, diharuskan oleh syarak, mengikut sunnatullah, dilakukan dalam potensi TERBAIK, tidak meninggalkan ibadat yang asas serta penuhi dengan ibadah. InsyaAllah :) Semoga odyssey kita mendapat berkat daripada Allah SWT.

p/s : jika diberi kesempatan, insyaAllah ieka akan tulis  entry tentang sesuatu yang ditanya oleh sahabat ieka. :)
sanah helwah pakcik. semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.



Salam ingatan ikhlas dari hati :) 

0 comments:

Post a Comment