:: Assalamualaikum ::
Sewaktu di KMKN dulu, ieka pernah merungut sebab perlu belajar HTML yang sangat memeningkan tu. "kenapa perlu belajar semua ni? guna ke nanti dah kerja?" hurm. Ieka rasa, bukan ieka sahaja yang berfikir sedemikian. Astaghfirullah~ Teruknya kamu ni ieka. Pemalas -.-" Itulah, orang cakap, kita tak akan sedar kebaikan sesuatu perkara tu selagi kita tak memerlukannya kan? Merungut je kerja. Ni lah jadi apabila belajar hanya untuk dunia. Teruk! :* Okay. belajar dari kesilapan. Lepas ni betulkan niat, belajar kerana Allah okay? Mardhatillah~ insyaAllah. Perlu ada rasa izzah dalam setiap perlakuan ya ieka? Baiklah, sekarang baru ieka sedar yang ada kebaikan struggle malam-malam untuk siapkan HTMl dulu. Kebaikannya ieka dapat mengubah keadaan blog ni macam yang ieka nak. Tapi, setakat yang ieka mampu je lah sebab ieka bukannya profesional kan? hee~ Syukur alhamdulillah Ya Rabb. dan ieka percaya, kebaikannya akan terus muncul nanti. :)
0 comments:
Post a Comment