:: Assalamualaikum ::
Dalam meniti kehidupan kita sehari-hari, tipulah kalau kita tak diuji kan? Lagikan Rasulullah SAW diuji dengan bermacam-macam dugaan inikan pula kita insan biasa.Sebenarnya dugaan tu adalah untuk membuatkan kita lebih kuat dan lebih matang agar kita tak tertipu oleh helah dunia yang menggila. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Ia mungkin datang secara perlahan-lahan atau terus menyerang secara mendadak. Ia mungkin secara terus kepada kita ataupun melalui insan yang kita sayang. Ia mungkin melibatkan fizikal atau mungkin juga melibatkan material. Namun, tidak kiralah ia datang dari selatan ke barat ke timur ke, kita kena juga menghadapinya. Kita tak mungkin dapat lari daripadanya tapi kita boleh mencari solusi. Ingatlah, dugaan adalah suatu rahmat buat kita. Tanda Allah SWT sayangkan kita, hambaNYA yang lemah.
tapi.....
bercakap mudah kan? "sabar ya." "saya tahu awak kuat." lontaran kata-kata tak semudah untuk melaksanakannya. kerana, walaupun sejuta kali menafikan kita akan tetap merasakan kesakitan, kepedihan dan luka itu akan tetap berada di hati.Ia bukanlah sesenang untuk menghapuskan kesan tulisan pada helaian kertas. Senyuman yang menyembunyikan sejuta rasa. Gelak tawa yang hanya sekadar terlafaz secara zahir sahaja. Hati menangis siapa yang tahu ye dak? hee~ tapi, apa yang mampu ieka lakukan selain bersabar, berdoa,senyum, ketawa dan move on. kerana, ieka hanya manusia biasa yang tak mampu menyekat perkara itu dari berlaku, dan ieka hanya manusia biasa yang dapat mengarah kalbu sendiri dan bukannya kalbu insan lain kan?ngee~
Ya Rabb,
aku adalah manusia lemah yang hanya mampu berharap padaMU. KAU telah memberikan pelbagai dugaan sepanjang setahun yang lepas. Jika KAU ingin terus menguji, aku mohon Ya Rabb teguhkan kalbu kami dan tetapkanlah fikiran kami. Bukankan pintu hati kami untuk petunjukMU Ya Rabb. AMIN~
0 comments:
Post a Comment