CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 Jun 2013

h u s n u z o n

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Satu hari, semasa tengah online muka buku:

Status Update: Ya Allah, jagakan dia. 

"Ish, budak ni.. Tak padan dengan sekolah agama, update status macam ni. Teringat pakwe la ni!"

Aha. Situasi di atas hanyalah CONTOH sahaja ya. Diulangi, CONTOH. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Pernah tak sahabat-sahabat mengalami situasi di atas. Di mana, apabila sahabat-sahabat melihat sesuatu dan terus datang satu firasat yang negatif? Bermacam-macam analogi dikeluarkan. Astaghfirullah. 

Saya tahu, ramai yang mengalami situasi ini termasuklah diri saya sendiri. Tak lari dari membuat seribu satu andaian dan akhirnya andaian itu memakan diri sendiri. Allahu Allah. Sebagai contohnya, apabila mendengar suatu cerita, baik dari mulut yang berkenaan sendiri atau tidak, terkadang hati cepat dipaut dengan cerita rekaan sendiri berbanding dengan rasa untuk bertanya akan kebenaran. Lebih teruk lagi jika perkara ini merosakkan nilai ukhuwah yang dibina. Allahu Rabbi. 

Indahnya Islam, Islam dah ajar kita dengan satu perkara iaitu husnuzon yakni bersangka baik. Bersangka baiklah kita dengan orang lain, bersangka baiklah kita dengan apa yang terjadi pada diri kita dan yang lebih penting bersangka baiklah kita terhadap Allah SWT, Dia Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui segala apa yang tidak kita ketahui. 

Kenapa kita perlu bersangka baik?
Ya cik abang, cik adik dan cik kakak sekalian, kenapa ya agak-agak? Mungkin jika disenaraikan, banyak sebab yang mungkin dapat kita ketahui di sini. Tapi bagi saya sendiri, cukup pentingnya untuk kita bersangka baik ni adalah untuk menjaga nilai ukhuwah yang terbina. Sedar atau tidak, bukan mudah ya untuk kita cari nilai ukhuwah yang sejati.Mungkin mudah untuk mencari seseorang untuk kita bersuka ria, pergi shopping sama-sama, gelak sama-sama tapi buka mudah untuk kita cari seseorang yang dapat berpimpin tangan sama-sama ke Jannatul Firdausi. Seseorang yang dapat memarahi, menegur dan menarik kita bila mana kita terlalu leka akan dunia yang sementara. Dan sanggupkah kamu wahai sahabat, ukhuwah yang mahal itu rosak gara-gara kita yang tidak pandai untuk bersangka baik? Sudah tentu tidak, bukan? Antara lain kenapa kita perlu bersangka baik ialah untuk menjaga sekeping hati, yang jika ia rosak, nauzubillah. Bila mana kita selalu mendidik hati kita dengan sifat suka bersangka buruk, nescaya lebih banyak titik-titik hitam yang akan bersarang di hati kita sehingga sampai satu masa kita tak mampu untuk bersangka baik walau dengan sekelumit perkara yang terjadi kepada kita. Lebih parah, bila mana ia menghilangkan kepercayaan terhadap siapa diri kita sebenarnya. Dan apabila saya maksudkan siapa kita sebenarnya, ia lebih jauh dari anda yang seorang doktor, anda yang seorang cikgu, anda yang seorang engineer dan apa-apa sahaja. Ia jauh lebih berbisa dan bermakna. Aha, apa dia? Fikir-fikirkanlah. 

Jaga-jaga, bila mana kita sentiasa bersangka buruk, mungkin itu juga petanda kita ni 'sombong'.
'Sombong' yang boleh memakan diri sendiri,
'Sombong' yang boleh merosakkan iman dalam hati.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)


“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” 
 (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)


Eh, Eh, husnuzon juga buat hati lebih tenang, tahu? :)
Maka dari itu, teruslah husnuzon, husnuzon dan terus husnuzon.

2 comments:

Anonymous said...

Izinkan saya copy untuk berkongsi bersama :)

Unknown said...

Assalamualaikum, izinkan saya untuk copy entry ini di blog saya ya? Syukran

Post a Comment