:: Assalamualaikum ::
Salam barakah jumuah semua! Alhamdulillah, kerana kita masih dikurniakan nikmat rezeki oleh Allah, masih dapat menghirup udara nan segar. Alhamdulillah juga kita masih sempat untuk mengisi hari kita dengan zikir mengingati Allah. Ha, asal jumaat je mesti teringat dan rindu nak tadabbur surah al-Kahfi. Eh, hari lain pun boleh juga tadabbur surah ni, tapi sinonimnya dengan hari jumaat la.
Antara hadis yang menyebut tentang fadhilat tadabbur surah al-Kahfi pada hari jumaat ialah:
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,
nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah
yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara
daripadanya”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”.
(HR Muslim 809)
Nah, sangat ohsem-mazing, bukan? Yang sudah tahu dan amalkan surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, keep it up oke. Yang baru tahu, takpe, masih belum terlambat, grab the chance! Cakap pasal terlambat ni kan, kadang-kadang, ieka ada terdengar bisik-bisik orang berbicara, " Saya baru teringin nak pakai tudung, nampak cantik, tapi dah terlambatlah." Ish ish ish~ sayangku, takde istilah 'terlambat' untuk kita menuju ke jalan Allah. Hidayah tak semua orang dapat, jadi bila kita dah ada kesedaran tu, hargailah dan terus kumpul kekuatan untuk melangkah meniti titian kebenaran. InsyaAllah, hati akan rasa lebih tenang dan perkataan 'terlambat' tu akan dicampakkan ke dalam tong sampah. Oke, let's get in the track. Jom baca tentang kisah surah al-Kahfi ni. :)
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah.
Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya
dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di
dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang
mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim,
kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang
beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain
membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh
Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji,
hendaklah mengatakan “in sha’ Allah”. Ia suatu kalimah yang sangat
penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi
ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang
musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain
dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ Allah” tatkala berjanji untuk
menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama
menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam menyebut “in sha’ Allah” tatkala berjanji, diturunkan
sekali jawapan-jawapan dari Allah tentang 3 persoalan tersebut.
InsyaAllah, sama-sama kita amalkan oke.
may Allah ease my way and may my ambition to be a pediatrician will become true. InsyaAllah~
happy 20th birthday to my best friend, MakChu Imah :) Ana uhibbukifillah!
Salam ingatan ikhlas dari hati.
4 comments:
:) :)
syukran awi ya sohabati :) uhibbukifillah awi2!
leiya ^_^
takpe, kita kan sahabat :)
Post a Comment