:: Assalamualaikum ::
:: nampak sama, tapi tak serupa .. ^_^ ::
Pernah tak kamu hadapi situasi di mana sesuatu itu kelihatan sama, tapi sebenarnya tak? Mungkin ramai yang cakap tak, tapi sebenarnya high possibility kita pernah alami. Mungkin ada yang jawab, "Saya tak sedar pun saya alami situasi ni?" hee~ yap. jawapan tu boleh diterima sebab memang lah kita tak akan perasaan kewujudan situasi ini kerana ianya berlaku secara subjektif. Atoi. subjetif apa pulak ni cik ieka oiii -.-" Subjektif yang ieka maksudkan di sini ialah NIAT kita. Sebenarnya, ieka pun tak perasan benda ni, tapi alhamdulillah senior ieka sedarkan ieka dari terus berada dalam keadaan tak sedar akan kewujudan situasi ini. Bagaimana keadaan ni boleh terjadi ya? Okay. jom baca situasi di bawah. :)
Situasi A :
Syam ialah seorang pelajar yang sangat pandai dan dia sentiasa lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan di sekolahnya. Bukan setakat itu sahaja, dia selalu mendapat anugerah pelajar cemerlang. Namun, dia ada satu kekurangan iaitu dia sentiasa diejek ekoran dia ialah seorang yang kaki bangku. Oleh itu, dia berazam, " Aku kena juga terpilih dalam pasukan bola sepak tahun depan. Tak kira macam mana caranya, aku kena juga!Aku tak nak diejek lagi! Aku akan berlatih bersungguh-sungguh!".
Situasi B :
Hafiz ialah seorang pelajar yang sangat pandai dan dia sentiasa lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan di sekolahnya. Bukan sektakat itu sahaja, dia selalu mendapat anugerah pelajar cemerlang. Namun, dia ada satu kekurangan iaitu dia sentiasa diejek ekoran dia ialah seorang yang kaki bangku. Oleh itu, dia berazam, "Aku harus berlatih bersungguh-sungguh agar terpilih dalam pasukan bola sepak tahun depan. Aku tak nak orang pandang umat Islam lemah. Aku kerana berusaha keranaNYA. "
.......................................................................
Cuba perhatikan kedua-dua situasi di atas. Macam nak sama kan? Kedua-duanya pelajar cemerlang dan menghadapi masalah yang sama iaitu mereka kaki bangku. Tapi cuba perhatikan apa yang mereka lakukan. Syam berusaha, tapi kerana apa? Hafiz juga berusaha, tapi kerana apa? Hanya satu perbezaan, iaitu NIAT mereka. Namun, satu perbezaan yang kecil itu bakal memberikan impak yang sangat mendalam dalam kehidupan mereka khasnya dan kepada masyarakat amnya. Hanya dengan niat itu juga akhirnya akan menentukan kualiti sesuatu kerja yang kita lakukan. Mungkin pada awalnya, kita akan cakap, "eh, itu usaha juga kan?" Ya, usaha berlandaskan niat yang salah, agak-agak berbaloi tak? Agak-agak kita akan dapat kepuasan maksima tak? Tepuk dada tanya minda~
Salam ingatan ikhlas dari hati :)
0 comments:
Post a Comment