CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 Dec 2011

:: meminta maaf dan memaafkan ::

:: Assalamualaikum :: 



Terlebih dahulu segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana ieka masih diberi kekuatan untuk terus menulis walaupun sedang kesakitan. Tapi selagi kaki mampu melangkah, selagi jari-jemari masih mampu menaip ieka tetap akan berkongsi di blog ni. InsyaAllah~ Segala puji dipanjatkan padaNYA yang menciptakan malam dan siang, yang menciptakan penghuni sekalian alam. 

Meminta maaf dan memaafkan.

InsyaAllah, hari ini ieka ingin berkongsi tentang tajuk di atas. MAAF. Umumnya, semua mengetahui perkataan ini. Dalam sayembara kehidupan kita, tentu sekali kita perlu meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain. Resmi kehidupan makhluk ciptaanNYA yang tidak sempurna. Kata dasar maaf adalah al-afw yang beerti berlebihan yang seterusnya berkembang menjadi keterhapusan. Memaafkan beerti usaha kita untuk menhapuskan segala luka dan calar-balar di hati kita. Pernah tak dengar tentang cerita tentang paku? Paku yang kita ketuk pada dinding, apabila dicabut pasti akan meninggalkan kesan bukan? begitulah sinonimya dengan hati kita. Bila kita terluka, pasti akan ada kesan di hati. Tetapi, ketahuilah ada cara untuk menyembuhkannya iaitu dengan memberi seutas kemaafan. 

"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada
Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).

Renung-renungkan ayat di atas yang menyatakan betapa pentingnya kita memberikan kemaafan.Jika kita lihat sekalipun, kebanyakan ayat-ayat di dalam alQuran banyak menekankan tentang memaafkan dan bukannya meminta maaf.AlQuran menganjurkan kita untuk tidak menunggu tinta maaf daripada seseorang tetapi terus memberikan kemaafan. Sebenarnya, tak rugi kita memberikan kemaafan. Tak rugi juga jika kita merendahkan ego kita walaupun ternyata kita tidak bersalah.Ya, ieka tahu, sebagai manusia biasa yang mempunyai emosi dan perasaan, tentu sukar sekali kita ingin memberikan kemaafan dan seringkali juga kita ingin membalas dendam. Tapi, ketahuilah, Allah SWT telah menentukan pembalasan bagi setiap perbuatan hambaNYA.   

Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah" (QS Al-Syura [42]: 40).
Sebenarnya, kita tak perlulah terlalu ego untuk tidak memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati kita kerana di sebalik kemaafan itu sendiri, tersembunyi suatu kenikmatan yang tak terhingga. Tak percaya? yukk ieka kongsikan sesuatu yang ieka selalu amalkan. Sebelum ieka tidur, ieka selalu renungkan apa yang telah terjadi pada sepanjang hari dan jika ieka ada terasa hati dengan seseorang, ieka akan memaafkan si polan terbabit walaupun dia tak pernah mengucapkan tinta maaf kepada ieka. Hasilnya? Ieka dapat tidur dengan lena dan pada keesokan harinya dapat berjalan dengan riang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bukankah itu suatu kenikmatan? Cubalah okay? :) Ataupun, ieka berikan suatu situasi di sini. Katakanlah anda dan sahabat baik anda bergaduh disebabkan satu salah faham. Sahabat anda telah meminta maaf tetapi disebabkan keegoan, anda tak nak memaafkan dan membawa hati yang lara. acece :p Akhirnya, persahabatan yang telah dibina bertahun-tahun, memori suka-duka yang dikongsi bersama terhapus begitu sahaja dek kerana keadaan yang boleh diselamatkan sebenarnya. Tak ke sayang? fikirkan~ tepuk dada tanya minda.

Jazakallah~ yukk kita memberikan kemaafan :)

:: selamat beramal ::

duhai hati,
tak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tibanya saat berpisah,
tak akan diketahui kesabaran seseorang sehingga waktu dia marah.
duhai hati, 
kita pohon kekuatan, tetapi Allah SWT berikan kesulitan untuk menjadikan kita kuat, kita pohon keteguhan hati, tetapi Allah SWT berikan masalah untuk diatasi, kita pohon keyakinan tetapi Allah SWT berikan ujian untuk memantapkan iman dan jiwa. kita pohon cinta, Allah SWT berikan insan yang tulus untuk didampingi. kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita mahu tetapi kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan. ♥
 sesuatu yang diberikan oleh sahabat ieka di muka buku :) terima kasih sahabat..

0 comments:

Post a Comment