Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Saya agak pada ketika dan saat ini, pasti meriah dengan dentuman bunga api di mana-mana tempat. Pasti semuanya tengah gembira sambil melaungkan, "Merdeka, merdeka, merdeka!" atau mungkin sedang riang menyanyikan lagu-lagu patriotik. Ya, selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke 56 tahun.
Tapi, dalam asyiknya kita mengira ulang tahun kemerdekaan Malaysia, tanah air yang kita cintai ni, kita lupa untuk bertanya pada diri kita sendiri, "Sudahkah aku merdeka?" Ya, mesti ramai akan mengutuk soalan ini dengan bermacam-macam jawapan. Secara zahirnya, memang tiada sistem perhambaan yang wujud ketika ini. Tapi tanpa sedar sebenarnya, kita telah berada di bawah penjajahan. Jika dulu Malaysia dijajah oleh kuasa asing secara zahir yang kesannya dapat kita lihat melalui aspek politik, sosial dan ekonomi (wah, macam belajar sejarah pula ya cik atikah), aha, tapi kini kita berada di bawah penjajahan apa itu yang dinamakan GHAZWUL FIKR!.
Ghazwul Fikr.
Ya, itulah serangan pemikiran.
Teringat saya ketika belajar subjek Sejarah masa masih muda dahulu, tentang dasar pandang ke Barat. Ya, dulu saya pun dijajah mindanya. Hafal sahaja apa yang dipelajari tanpa ada rasa untuk memikirkan ideologi di sebaliknya. Kagum dengan pemodenan, teknologi serta cara interaksi merek-mereka nun di Barat sana. Allahu. Tapi bila dapat al-fahmu itu, rasa ingin ketuk kepala sendiri ketika itu. Betapa kerdilnya kita dan betapa gahnya kita berdiri atas paksi 'merdeka' sedangkan diri sedang asyik dibuai dengan penjajahan tanpa sedar. Kita kagum dengan gaya hidup Barat, kunun-kunun mereka itu maju ke hadapan. tapi sedarkah kita gaya hidup dan cara yang Islam ajar itu lebih baik dan sempurna? Cuma kita, terperangkap dalam ilusi sendiri, MALAS untuk meneroka Al-Quran dan Sunnah. Maka, merdeka kah kita?
Cukup untuk saya ulas di sini dua aspek yang menandakan pemikiran kita semakin diserang, semakin dijajah!
Aspek yang pertama, yakni keseronokan. Usah saya sebutkan di sini, apa yang terjadi tahun lepas jika tak silap saya. Satu kumpulan dari Korea sana dijemput untuk membuat konsert di Malaysia dengan kadar bayaran yang agak tinggi. Alangkah bagusnya jika wang yang sama digunakan untuk majlis-majlis ilmu, untuk membantu rakyat Mesir. Oh lupa, kita masih terjajah! Betapa ramai pula manusia-manusia yang bertandang ke sana. Sanggup membayar harga tiket yang mahal untuk ke konsert. Tapi jika ke majlis ilmu? Asyik-asyik muka sama, asyik-asyik orang sama. Jika kena bayar? Hmpphh.. mula ada yang kata, "Majlis ilmu apa kena bayar?" Untuk ilmu taknak bayar, untuk konsert entah apa-apa boleh bayar? Oh lupa, kita masih terjajah! Yahudi ketawa lagi.
Aspek yang kedua ialah tentang fesyen. Ah, sebut je tentang fesyen pasti ramai wanita-wanita di luar sana yang senyum sampai telinga. Fesyen terkini, mesti kena update! Nanti orang kata apa itu, ketinggalan zaman kunun. Kata kunci, "Fesyen diutamakan, populariti dibanggakan, aurat ditinggalkan." adalah sinonim dengan perkara ini. Tudung, jangan cakap dah macam-macam nama ada sekarang. Bertingkat-tingkat ada, warna-warni ada. Tak salah, IF AND ONLY IF IT REALLY COVERS WHAT YOU SHOULD COVER. Ini tidak. Allahu Rabbi. Oh lupa, kita masih dijajah! Yahudi bersorak lagi.
Ketahuilah, jika kita ikut apa yang digariskan dalam Al-Quran, pasti kita tak akan ketinggalan zaman kerna Al-Quran itu panduan yang tidak punya tarikh luput.
Katakan tidak pada Ghazwul Fikr!
Ayuh merdekakan diri kita!
InsyaAllah wa biiznillah~
Andai ada khilaf di sepanjang coretan, aseef jiddan. Moga coretan ini hadir bersama dengan redha dari Yang Ilah.
Modesty is the best policy :)
Rindu THK :)