CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 May 2013

oh! IMAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

 
Situasi bila harga barang naik, ramai yang mula merungut sana sini. 
Saya tak kata yang ianya salah.
Hak bersuara hak anda. eh?

Tapi...
Pernah tak..
Walau sekali dalam hidup kita...
Kita marah, kita sedih bila....
tahap kefuturan kita meningkat?
graf mutabaah amal semakin merundum?
level iman statik tidak bergerak-gerak and worse semakin jatuh?
 
Allahu Allah. 
 
Bila kita lihat seseorang dengan wajah yang cantik atau tampan, kita boleh kata "Oh, faktor genetik ni. Mesti dia dapat dari parents dia. Untunglah."
 
Bila kita lihat seseorang yang mempunyai harta bertimbun-timbun bak Gunung Kinabalu, kita mungkin boleh katakan "Mesti dia warisi dari keluarga dia ni. Untunglah."
 
Tapi iman?
 
 
 
 
Teringat akan bait kata sebuah lagu nasyid yang selalu saya dengar masa kecil-kecil dulu,
"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa."

Ya sahabat. Iman tak dapat diwarisi. 
Walaupun dia mempunyai abah yang merupakan seorang tok imam di kampung, belum tentu cerminan akhlak si anak baik aturannya. 

Pokok pangkalnya kita sendiri yang harus berusaha untuk meningkatkan iman dalam diri. Kita yang harus letakkan diri kita dalam golong yang 'beruntung' itu. Beruntung yang sebenar-benarnya. Kita yang harus punya kesedaran bila mana iman di hati bukan setakat fluctuate, tapi polar graf tu dah tak nampak sebab asyik menurun je. Allahu Allah.

Teringat akan ceramah oleh Habib Ali Zaenal Abidin baru-baru ini. Ada tiga jenis iman, dan iman manusia tergolong dari jenis yang ketiga. Iman yang kadang-kadang boleh bertambah dan kadang-kadang boleh berkurang.

Bertambahnya iman dengan ketakwaan.
Berkurangnya iman dengan kemaksiatan.

See? Dah cukup jelas dah. Islam dah susun cara hidup kita dengan cukup cantik, cukup indah. Tinggal kita je, nak ikut ke tidak?

Kita mahu punya si suami, anak-anak yang soleh/solehah. 
Tapi kita yang harus memulakannya dahulu.
Perjalanan menjadi insan soleh/solehah.

Tepuk dada tanya iman.
Pilihan ada di tangan anda.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri
JANGAN BIARKAN IMAN KITA DIINJAK SANG KEFUTURAN

Sekadar renungan.



coretan dari insan yang punya banyak kelemahan :)

0 comments:

Post a Comment